Sunday 1 December 2013

Warkah jauh untuk sahabatku...

Assalamualaikum...


Warkahku ini khusus untukmu....tanda balas rinduku padamu sahabatku "Saripah Fadhilah".

 Kita berjumpa kerana takdir...
Kita berkawan kerana kasih sayang...
Kita bersama kerana hati..
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan...
TAPI yang paling penting,   
SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA... 

TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabatku...Mengingatimu tanda persahabatan.. Mengingati mati sumber kekuatan iman.. Mengingati hari akhirat semulia-mulia ingatan.. Mengingati ALLAH itu lah ketenangan.

Bila ucapan salam dikirim dari jauh, 
Tiada kata dapat didengar. 
Tiada senyuman yang dapat dilihat.. 
TAPI apa yang dapat dirasai, 
CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati... 

Perkenalan dan kenangan ukhwah yang kita jalinkan ini  semestinya berbeza dengan kisah2 ukhwah sahabat yang lain.. 3 tahun setengah aku mengenalimu pelbagai jenis corak ukhwah yang kau corakkan di kain putih UKHWAH kita....hingga terjalinnya sampai kini. Tetapi sahabat, aku minta maaf kerana aku lebih banyak menconteng dari menghiasi kain ukhwah kita,,,

Untukmu.. aku titipkan satu kata-kata dari pembacaanku dan olahanku...

Bila satu hari kau menangis, beritahu aku...
Aku tak janji nak buat kau tersenyum..
TAPI aku boleh menangis bersama kau...

Bila satu hari kau ada masalah...
Kau bagitahu aku ye..
Aku tak janji nak bagi jalan penyelesaian...
TAPI kau boleh berkongsi dengan aku...

Bila satu hari kau nak pergi berjalan....
Beritahu aku ye,,, aku bukan nak halang kau...
TAPI....
Aku boleh teman kau dan jaga kau....

Bila satu hari kau perlukan seorang pendengar cerita kau..
Aku janji aku akan ada untuk kau....
 TAPI.....
Bila satu hari kau perlukan aku...
dan aku tak muncul-muncul pada mesejmu,fbmu,suratmu...
Mungkin kerana Allah lebih memerlukan aku...
Saat itu aku pula perlukan "hadiah " persahabatan dari kau SAHABATKU..

Aku tidaklah pandai bermadah manis dalam kata-kataku ini... cuma aku nak kau tahu... aku masih masa seperti dulu.. seperti mana kau menngenaliku dulu waktu kita sama-sama di bumi UNISZA...

Terakhir dariku.. Ateh dah tengok gambar Adik konvo kat FB...comel sangat2... maaf Ateh tak ada disisi Adik ketika ini...cuma doa dari jauh yang Ateh mampu kirimkan buat Adik... SALAM rindu dan SAYANG untuk adik...(^_^)
 







Rinduku Serta Doaku padamu tidak pernah ku lupakan SAHABAT.....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan aku untuk menulis next entry untuk kali ini....

Hari ini genap 1.12.2013 aku terbaca satu WARKAH dari sahabatku di wall fb nya... tidak aku menyangka begitu rindunya SAHABATku ini kepada diriku... aku minta maaf sahabat kerana aku lambat sedari kehadiran WARKAHmu... pada tanggal 17 November engkau menulis warkahmu padaku...baru kini aku membacanya.. tiap-tiap bait kata yang kau tulis benar2 membuat hatiku luluh dan sedih tanpa kata... kaulah sahabat dunia dan akhiratku....

17 NOVEMBER(Warkah sahabatku di FBnya)

:: Bingkisan Buat Mu Sahabat yang jauh ::

Aku punya sahabat,
Perkenalan kami cukup indah,
Tika itu aku lihat kamu cukup “bisu”,
Satu di tanya, satu yang dijawab,
Jauh dari sikap aku yang “nakal”,
Pantang ditanya deretan jawapan diterima.

Hari demi hari berlalu,
Aku kenali kamu, kamu kenali aku,
Setahun berlalu diri mu tidak “membisu” lagi,
Langkah mu tidak lesu lagi,
Malah lebih pantas dariku,
Aku bangga dengan mu sahabat,
Aku cukup bahagia dengan mu,
Rapatnya aura sebuah ukhwah itu,
Hinggakan Mak cik di cafe mahupun sahabat menyatakan kita “twin”.

Kami tidak sekelas,
Kediaman kami juga jauh,
Tapi sebuah rabitah yang menguatkan kami,
Hari-hari tanpa dirancang,
Warna pilihan jubah aku dan kamu pasti “matching”,
Ada yang kata kami berpakat,
Hihi kami mampu tersenyum “menafikan”,
Kami tahu itu kuasa sebuah ukhwah demi Ilahi.

Masih segar dalam ingatan,
Kita sering melakukan “idea gila”,
Untuk pengisian umat dari terus lesu,
Untuk sebuah perjuangan,
Kita terjah bilik sahabat jam 12 malam kerna manis sebuah ukhwah,
Itulah aku dan kamu,
Itulah kuasa S I N E R G I 1+1=3,
Keimanan landasan utama.

Hujung tahun dua,
Teringat suatu hari aku dan kamu menangis,
Masalah itu hanya aku dan kamu yang rasai dan simpan bersama,
Engkau pegang erat tangan ku,
Dalam tangisan aku beri semangat buat mu,
Dalam seduan kamu bisikkan semangat buat ku.

Beberapa kali aku jatuh sakit,
Engkau yang dekat dengan ku,
Surau tempat kita menyatu,
Kawan aku, kawan kamu,
Dan kawan kamu kawan aku.

Tiap pulang bercuti pasti ada hadiah buat ku,
Aku ingat itu sahabat,
Semuanya masih aku simpan dengan baek,
Aku tahu kamu kuat sahabat,
Aku tahu engkau menyimpan 101 masalah berat dari aku,
Aku tahu kamu menanggung sakit lebih dari ku,
Aku tahu itu sahabat,
Aku tahu engkau tidak mahu aku merasa susah.

Pantai sering menjadi saksi,
Aku dan kamu meluahkan rasa kadang penat berjuang,
Ombak menghempas kuat,
Memberi semangat usah mengalah,
Desiran angin bertiup,
Membisikkan selak hikmah tiap ujian yang tiba.

Jalan pahit itu kita lalui bersama,
Seribu kenangan di sebalik jalan itu,
Kerna jalan itu yang menemukan aku dan kamu,
Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi itu,
Kini aku rasai kekurangan pada jalan itu tanpu mu sahabat,
Langkah ku kini kian lesu, tiada bisikan semangat darimu.

Masa pantas berlalu,
Kini tidak seperti dulu, jarak kita sudah jauh,
Kadang aku disini tidak sedar butiran jernih mengalir di pipi,
Ingin aku menjerit, agar sampai bicara ini terus pada mu..
Kerna aku disini!!
Aku di sini, Tanpa dirimu di sisiku,
Di tempat kita bertemu pertama kali,
Di tempat kita membina ukhwah,
Di tempat kita berpisah terakhir kali.

Pedihnya rasa dihati menanggung rindu,
Di saat aku selesai memberi salam di surau itu,
Tiada kamu yang menghulurkan senyuman mengubat kepenatan,
Tiada lagi kehangatan pelukan seorang sahabat yang ikhlas,
Tiada tangan itu suap ketika makan bertalam,
Tiada dirimu untuk aku kongsi cerita,
Al-Fatihah dan doa hadiah buat mu sahabat itu ubat untuk diriku.

Sahabat,
Aku mengharap bait ini sampai kepada mu,
Seperti mana sampai bait terakhir mu kepada ku,
“kehilangan walau sementara,
ia mengajar kita untuk lebih menghargai & bersyukur,
namun usah tunggu kehilangan baru mahu menghargai & bersyukur”
Sungguh terasa perit sudah hampir 5 bulan aku tidak mendengar tawa mu lagi.

Sahabat,
Kita sering dilanda permasalah didunia,
Kita melakukan khilaf tanpa diundang,
Tapi kita sahabat,
Tiap khilaf mu lalu bagai angin lalu sahaja,
Aku tidak peduli itu,
Aku mengharapkan Ilahi temukan aku dengan dirimu lagi
Sebelum terpejam mata ku buat selamanya di dunia ini,
Andai itu sebaliknya di atas takdir perancangan Ilahi,
Aku mengharap kamu bidadari di sana kelak yang ku temui,
Aku menunggu mu sahabat,
Aku merindui engkau yang dulu sahabat,
Jadilah dirimu sehebat Rabiatul Adawiyah…
Jangan tinggal aku dalam doamu sahabat…

11.30p.m
13/11/13
Di bumi UniSZA,
yang sepi tanpamu.
Photo
Photo
Hadiah pertamaku padamu SAHABAT
Photo