Warkahku ini khusus untukmu....tanda balas rinduku padamu sahabatku "Saripah Fadhilah".
Kita berjumpa kerana takdir...
Kita berkawan
kerana kasih sayang...
Kita bersama kerana hati..
Kita bergaduh kerana harga
satu ikatan...
TAPI yang paling penting,
SEMUANYA
KERANA ALLAH TAALA...
Bila ucapan salam dikirim dari jauh,
Tiada
kata dapat didengar.
Tiada senyuman yang dapat dilihat..
TAPI apa yang
dapat dirasai,
CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati...
Perkenalan dan kenangan ukhwah yang kita jalinkan ini semestinya berbeza dengan kisah2 ukhwah sahabat yang lain.. 3 tahun setengah aku mengenalimu pelbagai jenis corak ukhwah yang kau corakkan di kain putih UKHWAH kita....hingga terjalinnya sampai kini. Tetapi sahabat, aku minta maaf kerana aku lebih banyak menconteng dari menghiasi kain ukhwah kita,,,
Untukmu.. aku titipkan satu kata-kata dari pembacaanku dan olahanku...
Bila satu hari kau menangis, beritahu aku...
Aku tak janji nak buat kau tersenyum..
TAPI aku boleh menangis bersama kau...
Bila satu hari kau ada masalah...
Kau bagitahu aku ye..
Aku tak janji nak bagi jalan penyelesaian...
TAPI kau boleh berkongsi dengan aku...
Bila satu hari kau nak pergi berjalan....
Beritahu aku ye,,, aku bukan nak halang kau...
TAPI....
Aku boleh teman kau dan jaga kau....
Bila satu hari kau perlukan seorang pendengar cerita kau..
Aku janji aku akan ada untuk kau....
TAPI.....
Bila satu hari kau perlukan aku...
dan aku tak muncul-muncul pada mesejmu,fbmu,suratmu...
Mungkin kerana Allah lebih memerlukan aku...
Saat itu aku pula perlukan "hadiah " persahabatan dari kau SAHABATKU..
Aku tidaklah pandai bermadah manis dalam kata-kataku ini... cuma aku nak kau tahu... aku masih masa seperti dulu.. seperti mana kau menngenaliku dulu waktu kita sama-sama di bumi UNISZA...
Terakhir dariku.. Ateh dah tengok gambar Adik konvo kat FB...comel sangat2... maaf Ateh tak ada disisi Adik ketika ini...cuma doa dari jauh yang Ateh mampu kirimkan buat Adik... SALAM rindu dan SAYANG untuk adik...(^_^)