Sunday 1 December 2013

Warkah jauh untuk sahabatku...

Assalamualaikum...


Warkahku ini khusus untukmu....tanda balas rinduku padamu sahabatku "Saripah Fadhilah".

 Kita berjumpa kerana takdir...
Kita berkawan kerana kasih sayang...
Kita bersama kerana hati..
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan...
TAPI yang paling penting,   
SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA... 

TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabatku...Mengingatimu tanda persahabatan.. Mengingati mati sumber kekuatan iman.. Mengingati hari akhirat semulia-mulia ingatan.. Mengingati ALLAH itu lah ketenangan.

Bila ucapan salam dikirim dari jauh, 
Tiada kata dapat didengar. 
Tiada senyuman yang dapat dilihat.. 
TAPI apa yang dapat dirasai, 
CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati... 

Perkenalan dan kenangan ukhwah yang kita jalinkan ini  semestinya berbeza dengan kisah2 ukhwah sahabat yang lain.. 3 tahun setengah aku mengenalimu pelbagai jenis corak ukhwah yang kau corakkan di kain putih UKHWAH kita....hingga terjalinnya sampai kini. Tetapi sahabat, aku minta maaf kerana aku lebih banyak menconteng dari menghiasi kain ukhwah kita,,,

Untukmu.. aku titipkan satu kata-kata dari pembacaanku dan olahanku...

Bila satu hari kau menangis, beritahu aku...
Aku tak janji nak buat kau tersenyum..
TAPI aku boleh menangis bersama kau...

Bila satu hari kau ada masalah...
Kau bagitahu aku ye..
Aku tak janji nak bagi jalan penyelesaian...
TAPI kau boleh berkongsi dengan aku...

Bila satu hari kau nak pergi berjalan....
Beritahu aku ye,,, aku bukan nak halang kau...
TAPI....
Aku boleh teman kau dan jaga kau....

Bila satu hari kau perlukan seorang pendengar cerita kau..
Aku janji aku akan ada untuk kau....
 TAPI.....
Bila satu hari kau perlukan aku...
dan aku tak muncul-muncul pada mesejmu,fbmu,suratmu...
Mungkin kerana Allah lebih memerlukan aku...
Saat itu aku pula perlukan "hadiah " persahabatan dari kau SAHABATKU..

Aku tidaklah pandai bermadah manis dalam kata-kataku ini... cuma aku nak kau tahu... aku masih masa seperti dulu.. seperti mana kau menngenaliku dulu waktu kita sama-sama di bumi UNISZA...

Terakhir dariku.. Ateh dah tengok gambar Adik konvo kat FB...comel sangat2... maaf Ateh tak ada disisi Adik ketika ini...cuma doa dari jauh yang Ateh mampu kirimkan buat Adik... SALAM rindu dan SAYANG untuk adik...(^_^)
 







Rinduku Serta Doaku padamu tidak pernah ku lupakan SAHABAT.....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan aku untuk menulis next entry untuk kali ini....

Hari ini genap 1.12.2013 aku terbaca satu WARKAH dari sahabatku di wall fb nya... tidak aku menyangka begitu rindunya SAHABATku ini kepada diriku... aku minta maaf sahabat kerana aku lambat sedari kehadiran WARKAHmu... pada tanggal 17 November engkau menulis warkahmu padaku...baru kini aku membacanya.. tiap-tiap bait kata yang kau tulis benar2 membuat hatiku luluh dan sedih tanpa kata... kaulah sahabat dunia dan akhiratku....

17 NOVEMBER(Warkah sahabatku di FBnya)

:: Bingkisan Buat Mu Sahabat yang jauh ::

Aku punya sahabat,
Perkenalan kami cukup indah,
Tika itu aku lihat kamu cukup “bisu”,
Satu di tanya, satu yang dijawab,
Jauh dari sikap aku yang “nakal”,
Pantang ditanya deretan jawapan diterima.

Hari demi hari berlalu,
Aku kenali kamu, kamu kenali aku,
Setahun berlalu diri mu tidak “membisu” lagi,
Langkah mu tidak lesu lagi,
Malah lebih pantas dariku,
Aku bangga dengan mu sahabat,
Aku cukup bahagia dengan mu,
Rapatnya aura sebuah ukhwah itu,
Hinggakan Mak cik di cafe mahupun sahabat menyatakan kita “twin”.

Kami tidak sekelas,
Kediaman kami juga jauh,
Tapi sebuah rabitah yang menguatkan kami,
Hari-hari tanpa dirancang,
Warna pilihan jubah aku dan kamu pasti “matching”,
Ada yang kata kami berpakat,
Hihi kami mampu tersenyum “menafikan”,
Kami tahu itu kuasa sebuah ukhwah demi Ilahi.

Masih segar dalam ingatan,
Kita sering melakukan “idea gila”,
Untuk pengisian umat dari terus lesu,
Untuk sebuah perjuangan,
Kita terjah bilik sahabat jam 12 malam kerna manis sebuah ukhwah,
Itulah aku dan kamu,
Itulah kuasa S I N E R G I 1+1=3,
Keimanan landasan utama.

Hujung tahun dua,
Teringat suatu hari aku dan kamu menangis,
Masalah itu hanya aku dan kamu yang rasai dan simpan bersama,
Engkau pegang erat tangan ku,
Dalam tangisan aku beri semangat buat mu,
Dalam seduan kamu bisikkan semangat buat ku.

Beberapa kali aku jatuh sakit,
Engkau yang dekat dengan ku,
Surau tempat kita menyatu,
Kawan aku, kawan kamu,
Dan kawan kamu kawan aku.

Tiap pulang bercuti pasti ada hadiah buat ku,
Aku ingat itu sahabat,
Semuanya masih aku simpan dengan baek,
Aku tahu kamu kuat sahabat,
Aku tahu engkau menyimpan 101 masalah berat dari aku,
Aku tahu kamu menanggung sakit lebih dari ku,
Aku tahu itu sahabat,
Aku tahu engkau tidak mahu aku merasa susah.

Pantai sering menjadi saksi,
Aku dan kamu meluahkan rasa kadang penat berjuang,
Ombak menghempas kuat,
Memberi semangat usah mengalah,
Desiran angin bertiup,
Membisikkan selak hikmah tiap ujian yang tiba.

Jalan pahit itu kita lalui bersama,
Seribu kenangan di sebalik jalan itu,
Kerna jalan itu yang menemukan aku dan kamu,
Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi itu,
Kini aku rasai kekurangan pada jalan itu tanpu mu sahabat,
Langkah ku kini kian lesu, tiada bisikan semangat darimu.

Masa pantas berlalu,
Kini tidak seperti dulu, jarak kita sudah jauh,
Kadang aku disini tidak sedar butiran jernih mengalir di pipi,
Ingin aku menjerit, agar sampai bicara ini terus pada mu..
Kerna aku disini!!
Aku di sini, Tanpa dirimu di sisiku,
Di tempat kita bertemu pertama kali,
Di tempat kita membina ukhwah,
Di tempat kita berpisah terakhir kali.

Pedihnya rasa dihati menanggung rindu,
Di saat aku selesai memberi salam di surau itu,
Tiada kamu yang menghulurkan senyuman mengubat kepenatan,
Tiada lagi kehangatan pelukan seorang sahabat yang ikhlas,
Tiada tangan itu suap ketika makan bertalam,
Tiada dirimu untuk aku kongsi cerita,
Al-Fatihah dan doa hadiah buat mu sahabat itu ubat untuk diriku.

Sahabat,
Aku mengharap bait ini sampai kepada mu,
Seperti mana sampai bait terakhir mu kepada ku,
“kehilangan walau sementara,
ia mengajar kita untuk lebih menghargai & bersyukur,
namun usah tunggu kehilangan baru mahu menghargai & bersyukur”
Sungguh terasa perit sudah hampir 5 bulan aku tidak mendengar tawa mu lagi.

Sahabat,
Kita sering dilanda permasalah didunia,
Kita melakukan khilaf tanpa diundang,
Tapi kita sahabat,
Tiap khilaf mu lalu bagai angin lalu sahaja,
Aku tidak peduli itu,
Aku mengharapkan Ilahi temukan aku dengan dirimu lagi
Sebelum terpejam mata ku buat selamanya di dunia ini,
Andai itu sebaliknya di atas takdir perancangan Ilahi,
Aku mengharap kamu bidadari di sana kelak yang ku temui,
Aku menunggu mu sahabat,
Aku merindui engkau yang dulu sahabat,
Jadilah dirimu sehebat Rabiatul Adawiyah…
Jangan tinggal aku dalam doamu sahabat…

11.30p.m
13/11/13
Di bumi UniSZA,
yang sepi tanpamu.
Photo
Photo
Hadiah pertamaku padamu SAHABAT
Photo

Wednesday 8 May 2013

Kehangatan Pru13


Assalamualaikum....

Sekian lama menyepikan diri... akhirnya timbul jika di daratan... kali ini punya entry nak sembang-sembang kencang tentang isu terhangat kat Malaysia iaitu...PRU13... saat orang lain sibuk2 kehulur kehilir meraih undi untuk parti masing2... sy tak terlepas juga mengikuti makcik-makcik kat Dun kawasan sy pergi meraih undi...Memang seronok kalu kita niat kerana Allah...

Selepas habis waktu mengajar jam 2.00ptg.... sy dan kawan2 seperjuangan bergegas ke bilik gerakan untuk mulakan gerak kerja... dari jam 3.00 ptg sampai malam.... kadang2 jumpa dengan mak ayah jam 11.00 malam.... balik2 terus tidur..Alhamduillah mak ayah faham situasi sy yg kuat berpolitik... mereka pun saat memberi sokongan....

Tak kira lah kita nei parti apa2 pun...yang penting parti yang kita sokong diredhai oleh Allah... bukan parti yang mengajar kepada Rasuh, Penipuan, Pembunuhan, Perjudian dan lain2.... setiap manusia Allah kurniakan akal untuk berfikir... jadi gunakan lah sebaik yang mungkin... jangan terlalu percaya pada apa yang didengar dan lihat di dalam TV1,2,3, NTV7, 8TV, TV9 dan sekutu dengannya....

Kita perlu mengkaji dan menyiasat setiap sumber yang sampai pada kita,,, bukan terus percaya seratus peratus... itu sikap orang BODOH......

So.... wat pilihan yang benar.... kita layak memilih siapa yang terbaik...
















Wednesday 3 April 2013

Terima Kasih...


Assalamualaikum (^_^)

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Lagu SAHABAT frm Najwa Latif.. sedap sangat kalu kita hayati betul2... rasa nak menangis pun ada...HUHUHUHUU...kalu ada yang tak pernah dengar mai2 kita bukak you tube sekarang
( http://www.youtube.com/watch?v=ya3b7_1Kz8Q)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Allah berfirman,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
 (Al Hujurat: 10)


Hari ini tak mau banyak cakap... tak mau banyak taip2... tapi hari ini just... nak gi tau kat sahabat2... terima kasih atas hadiah2 yang kome bagi.... dan terima kasih juga pada2 sahabat yang lain...hehhehe...

 From Sahabat2 Digree

 From Jah Comel Aqsa

 From Saripah Dakwah

 From Ainatul Aqsa

 From akq2 Digree kwn Angah

 From Fadhil Aqsa(Ex-Bendahari)

 From Dayah Cute Aqsa

 From Atikah Dakwah


 From Asqa 

From Leha Dakwah

Sebenarnya banyak lagi hadiah2 dari kawan2.. tapi malas nak letak... ini bukan bermakna sy tak hargai tau... hargai sangat2... kepada kawan2 yang lain... maaf kadang2 tak sempat nak balas hadiah2 korang... dah habis sem nie... Duit poket dah nyawa2 ikan dah... kalu ada yang nak belanjakan...SANGAT2 di PERSILAKAN... please PM kat my fb ye... (Siapalah nak taja kan...bukan anak raja pun..bukan permaisuri pun)...berangan lebih....

HUHUHUU.....Jap3...Sebelum tu nak kongsi Perkataan "KAWAN" dalam bahasa lain, sekadar ilmu yang boleh masuk di hujung2 @ di celah2 otak kita nie..:

1) 朋友 (Péngyǒu)
2) Kaibigan ( filipino)
3) Ami ( French)
4) दोस्त (Dōsta)
5) 友人 (Yūjin) (Jepun)
6) 친구 (chingu)
7) เพื่อน (Pheụ̄̀xn)

Ok... practice dekat kawan2 ye....  

-WSLM-

Tuesday 2 April 2013

KOnVoi...


Assalamualaikum....(^_^)

Sekian lama perut nie tak makan nasi putih... nampaknya... rezeki 1 april 2013.. kawan2 sekelas ajak datang ke rumah untuk makan2... kalau duduk di U.. perut nie langsung tak ada selera nak makan nasi... yg boleh masuk hanya BIHUN TOMYAM sahaja... hari2 tempah makan tu jer (bosan pun ada)... untuk pergi ke rumah SIRONA dan NUYU kami konvoi 3 kereta... kami gerak dalam jam 8.30 pagi...kawan2 yang follow semua 15 orang... Lets go....



Perjalanan kami memcecah lebih kurang 1 jam setengah untuk kerumah SIRONA... dalam perjalanan macam2 ragam kawan2 nei... kami singgah sebentar ke kedai buah tepi jalan untuk nak beli buah tangan....(mesti beli tau kalu nak pergi rumah orang) tanda kita berbudi bahasa....



Tak kesah lah mahal ke murah ke buah tangan yang kita beli... asal kan dari sumber yang halal dan niat yang ikhlas...

Tiba di rumah Sirona kami bersalam salaman dan terus ke dapur untuk tolong2 siapkan makan tengahhari...(lapar kot..). Banyak lauk yang mak sirona masak untuk kami.... sedap2 pulak tu...TERIMA KASIH SIRONA...:)






Tengok kawan2 makan...Allah.. selera sungguh... Muka2 kelaparan perpancar...hehheheeh



Selepas siap makan2... kami pun bergerak untuk pulang...coz destinasi seterusnya ke rumah NUYU... sebelum balik... kami buat macam cerita jalan2 cari makan...AMBIL GAMBAR DENGAN TUAN RUMAH dulu...buat kenang kenangan....


Bye2....Kami bergerak pulang...



Posing Free dalam otw balik...





Alhamdulillah.... Selesai Konvoi kami....

-WSLM-

Boling....


Assalamualaikum Semua (^_^)

Untuk entry kali nie nak cite2 sikit... aktiviti2 seorang pengangur yg di iktiraf nie... macam biasalah, tentang diri ini dan kawan sekelas ku..  untuk kali ini... kami mengisi masa kami semua di sebuah tempat yang paling bestlah,,, bukan senang nak pergi dengan FAMILY... just best pergi dengan kawan2 jer... kami bertolak dari jam 8.30 pagi until 9.00 malam.... lama kot... 


HAAA.... ini lah tempatnya.... tempat kami bersantai bersama2.... "TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT". Apa yang best sebab selain boling ada banyak lagi permainan yang boleh kita main.... 

With Faezah, Ayu and Akma

Sebelum main ambil kasut yg dikhaskan dulu... Encik sy punya saiz 7!!!!!
Tada!!!! comelkan kasut die... boleh jadikan fesyen untuk anak2 muda nei.... Pastikan sebelum main kita ikat tali kasut kemas2... takut2 terjatuh pulak.... hehheh,,,, malu kot kalu orang tengok...

 Kalu kita yang kurus2 nei.. jangan lah pilih ball yang saiz besar.... paling2 Saiz 7 dah ok... tapi bagi cik kak cik kak yang bersaiz besar... mainlah ball yang berat(ambil no besar).... tunjuk HERO sikit pada yang si kering2 nie...


 Disaat kawan2 tengah bermain... sy termenung sebentar... nak tahu apa yang sy fikirkan..... Ini dia:

1) Kenapa orang kata perempuan pakai2 tudung labuh tak boleh / kurang sopan kalu main boling??????

Bagi sy, boleh jer.. kalu kita pergi main dekat tempat2 yang tidak ada lelaki.... dan cara pemakaian kita menutup aurat dan sesuai ditempat yang kita tuju.... ini jangan lah nak tunjuk BODOH(yg lebih sopan Kurang Bijak, pergi tempat boling Pakai jubah dan Baju kurung... tak ke pelik main pakai pakaian macam tu... memang lah tak haram @ tak salah.... tapi... Korang faham2 ken jer lah...







 With Nuyu, Ain and Sirona

 With kawan Save Palestin Afiqah

Lontaran hebat dari Mila Mill..... fuyooo.. hebat lah Mila.... tengok2 kawan siapa..

Pukulan yang hebat dari saya... First main... kawan2 gila2 gelakkan sy... Malu dibuatnya... tapi lepas main beberapa kali.... Makin jadi PRO kot....

Dah alang2 ada Pic kat atas nie... so sy nak terangkan sikit bab2 pemakaian...seperti yang sy pakai nie.. ada lah pakaian muslimah yang sesuai kalu kita nak pergi main boling(contoh lah)... dengan berseluar hitam yg tidak ketat, dipadankan dengan baju labuh paras lutut yang tidak ketat.... berserta tudung yang lebih dari paras dada.... Terpulang lah kome nak ikot fesyen macam mana pun...asalkan masih menutup aurat ye..:)

Ok... pengalaman main boling bersama kawan2 sekelas memang best... rasa kalu main 1000 kali pun... sy sanggup... asalkan...kawan2 sentiasa disisi ku...

-WSLM-