Bismillah...
Kali nie punya entry nak kongsi satu cerita,,,, Jom3 baca sam2...(^_^)
Surat daripada seorang lelaki
kepada 'FUTURE WIFE'
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar
oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I
...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan.
Tak perlu laju-laju.
So, wahai my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no
idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you
mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya.
Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan
cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you
tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I,
kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia
sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh
dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah
sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero
Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang
still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono.
Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang
nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.
My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa
banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu
kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan
berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau
setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita
mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you
nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di
layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan
stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak
apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la
sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah
gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa
salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian
mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh
kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut
sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga
kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam
Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam
Jumaat.
My future wife (s),
You, I harap you reti memasak. You mesti reti
memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I
tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup
3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay
tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat
hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan
masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari
kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I
kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah
lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau
boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau
dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating
tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh
percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti
bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.
Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you
masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I
pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut
tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.
Terima kasih baca ^_^